SHAH ALAM: Seorang pesara tentera yang digelar 'Dr Ganja' terlepas tali gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini meminda 16 pertuduhan mengedar ganja seberat 77.48493 kilogram dan 14.647 liter kepada memiliki dadah.
Tertuduh, Kapten (B) Amiruddin @ Nadarajan Abdullah, 64, juga menghadapi 18 pertuduhan menanam pokok ganja, empat pertuduhan memiliki ganja dan satu pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan.
Hakim Julia Ibrahim menjatuhkan hukuman penjara berjumlah sembilan tahun terhadap 39 pertuduhan itu yang dilakukan di sebuah rumah di Kampung Delek Dalam, Klang, pada jam 12.30 tengah hari, 26 Mei 2017.
Bagi 39 pertuduhan itu, Amiruddin didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39A(1), Seksyen 39A(2) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.
Hakim Julia menjatuhkan hukuman penjara lima tahun masing-masing bagi pertuduhan mengikut Seksyen 6 dan Seksyen 39A(1) manakala hukuman penjara sembilan tahun bagi Seksyen 39A(2) dan enam bulan penjara untuk pertuduhan di bawah Seksyen 15(1)(a).
Beliau memerintahkan Amiruddin menjalani hukuman penjara secara serentak bagi kesemua pertuduhan itu mulai tarikh tangkapan pada 26 Mei 2017.
Hakim Julia mengarahkan tertuduh yang ditahan di penjara pada 26 Mei 2017 dibebaskan hari ini.
Hakim Julia, ketika menyampaikan keputusan di akhir pembelaan, berkata hukuman itu dikenakan selepas mempertimbang hujahan pendakwaan dan rayuan pihak pembelaan.
Beliau berkata sebagai bekas tentera, Amiruddin pastinya faham dan tahu akan kewujudan ADB, walaupun kesalahan dilakukan didorong rasa terdesak menggunakan ganja sebagai rawatan alternatif untuk merawat penyakit yang dihadapinya.
"Diharapkan hukuman ini dapat menjadi pencegah kepada orang lain yang mempunyai cadangan dan niat yang serupa (menggunakan dadah tanpa kebenaran untuk merawat penyakit)," katanya.
Seramai 17 saksi pendakwaan dan lima saksi pembelaan telah dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula sejak 8 April 2019.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin manakala tertuduh diwakili peguam Sangeet Kaur Deo dan Pravin Mahentharan.
Pada 28 Jan 2022, Mahkamah Tinggi memerintahkan Dr Ganja itu membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kesemua 39 pertuduhan di bawah ADB 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 24 2023
Beliau memerintahkan Amiruddin menjalani hukuman penjara secara serentak bagi kesemua pertuduhan itu mulai tarikh tangkapan pada 26 Mei 2017. -Gambar fail/Bernama
Kecederaan pemain: Pan Gon belum mahu tekan butang panik
Menurut Pan Gon, beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut sebaliknya ingin lebih fokus kepada pemilihan pemain lain.
Johor rancang buka 10 lagi pusat data
Johor merancang untuk membuka 10 lagi pusat data di negeri berkenaan bagi menarik pelabur luar sekali gus meningkatkan pertumbuhan kadar ekonomi serta peluang pekerjaan.
Pulau Pinang dicadang wujud Jawatankuasa Khas bincang hal ehwal agama Islam
Muhammad Fauzi berkata, ia penting kerana menyedari sensitiviti yang berkaitan dalam menangani isu-isu berkaitan hal ehwal Islam dan Melayu.
Lenovo umum enjin baharu dikuasakan AI bagi bantu perniagaan kurangkan jejak IT
Ia bagi memperkasakan perniagaan dalam membantu membuat lebih banyak keputusan yang dipacu data dan mampan untuk pembelian teknologi maklumat (IT).
Pesara komando labur hampir ratusan ribu kumpul barang lama
Bermula dengan sebilah keris lama, seorang pesara komando Mansor Mohd, 74, dari Kampung Rhu Renggeh di Marang mula berjinak-jinak mengumpul barang antik sebagai koleksi peribadi.
IHR, perjanjian pandemik: Malaysia berpegang kepada prinsip kesaksamaan dan solidariti - PM
Malaysia berpegang kepada prinsip kesaksamaan dan solidariti untuk dilaksanakan dalam semakan Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) serta perjanjian pandemik.
JWP fokus selesai isu IMM13 di Labuan dan warga asing di KL
Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) akan fokus kepada usaha menyelesaikan isu IMM13 yang berlarutan sejak sekian lama di pulau bebas cukai ini dan lambakan warga asing di Kuala Lumpur.
Susah, senang perjalanan haji muslimah muda
Guru tadika, Noorfarhanah Ahmad Sukri menganggap kedatangannya ke Tanah Suci dan rezeki dapat menunaikan haji pada tahun ini adalah hadiah paling bermakna diberikan allahyarham bapa yang bersusah payah menabung dan menyimpan duit raya di akaun Tabung Haji dan membolehkannya bergelar haji muda pada usia 25 tahun.
Mara Corps teroka kerjasama dengan syarikat gergasi China
Melalui kerjasama ini, Mara Liner berhasrat menjadi peneraju dalam pembekalan bas EV termasuk jualan langsung dan pajakan untuk kegunaan awam dan kerajaan.
Liga Super: Polis mengesan suspek terlibat kekecohan
Polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kekecohan yang melibatkan penyokong bola sepak di sebuah stadium di Petaling Jaya, selepas tamatnya perlawanan Liga Super, semalam.
Mahkamah arah 'Dr Ganja' bela diri atas 39 tuduhan kes dadah
Dia didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Delek Dalam, Klang pada 12.30 tengah hari, 26 Mei 2017.